Space X Akhirnya Berjaya Dilancarkan

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Kapal angkasa SpaceX, hasil kerjasama antara syarikat dimiliki pengasas Tesla, Elon Musk dan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA, akhirnya berjaya dilancarkan dari Kennedy Space Center, Florida ke ruang angkasa lepas awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pelancaran ini adalah cubaan kedua setelah tertangguh selama beberapa hari akibat dari masalah cuaca.

Pelancaran ini juga mencatat sejarah tersendiri kerana ia adalah pertama kali sejak hampir sedekad, sebuah kapal angkasa lepas dilancarkan di bumi Amerika Syarikat.

Negara itu menamatkan program shuttle angkasa lepasnya pada 2011 dan semua pelancaran melibatkan angkasawan Amerika selepas itu adalah melalui pelancar kenderaan angkasa lepas milik Rusia.

Berbanding kapsul Soyuz milik Rusia yang mampu memuatkan 3 angkasawan, kapsul Dragon di atas SpaceX hanya mampu memuatkan 2 angkasawan sahaja.

Dua angkasawan NASA berkenaan, Robert Behnken, 49, dan Douglas Hurley, 53, akan menghabiskan masa selama 19 jam di dalam kapsul krew Dragon SpaceX sambil ia secara perlahan menghampiri dan bergabung dengan stesen Angkasa lepas antarabangsa, ISS.

Mereka turut menggunakan sut angakasawan yang baru – CNN

(Seperkara yang menarik perhatian juga, Elon Musk yang mengetuai program SpaceX adalah imigran yang berasal dari Afrika Selatan. Ini agak bertentangan dengan polisi Donald Trumph mengenai golongan imigran sejak menjadi Presiden negara tersebut pada 2016.)

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat