Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta Dipercayai Bunuh Diri – Polis

- Advertisement -

IPOH – Mayat seorang wanita dipercayai membunuh diri ditemukan di dalam keretanya yang diletakkan di belakang bangunan kedai di kawasan perindustrian Jelapang di sini semalam.

Mayat wanita berusia 29 tahun yang merupakan pengurus di pusat jagaan orang-orang tua di sini itu ditemukan di dalam kereta jenis Mazda sekitar pukul 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam di bahagian pemandu kenderaan berkenaan.

Katanya, ketika dijumpai, enjin kereta itu telah dimatikan namun terdapat kuali bertangkai yang mengandungi arang terbakar di bahagian kaki penumpang hadapan.

“Anggota polis terpaksa memecahkan tingkap di bahagian pemandu untuk memeriksa keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri.

“Berdasarkan penemuan kuali berisi arang yang telah terbakar 70 peratus itu, mangsa dipercayai bertindak untuk membunuh diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan tidak menjumpai apa-apa kecederaan pada mangsa yang disyaki berunsur jenayah.

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan wanita itu juga menjumpai nota bahasa Cina di mana mangsa berterima kasih dan meminta maaf kepada teman lelaki dan keluarga serta memaklumkan penat dengan kehidupan yang dilaluinya.

“Siasatan mendapati wanita itu tinggal bersama teman lelakinya dan lelaki terbabit ada membuat laporan polis tentang mangsa yang keluar dari rumah, semalam.

“Wanita itu merupakan anak tunggal dan telah kematian ibu bapa sejak 13 tahun lalu. Menurut teman lelakinya, mereka tiada masalah sebelum ini dan dia tidak tahu apakah punca mangsa bertindak sedemikian,” katanya.

Tambahnya, mayat wanita itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti saksi-saksi lain bagi membantu siasatan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat