Fikirkan kepentingan rakyat, bukan mudah nak tarik diri dari Kabinet – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk Umno tapi ada kesannya kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Menurut beliau, UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh bagi wakil parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan,” kata beliau.

Memetik Bernama Shahril berkata demikian selepas menjadi ahli panel Forum Demokrasi Malaysia: “Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia.

Ujar Shahril, tiada sebarang tempoh tertentu diberikan kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan mereka.

“Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat. Tapi hak atau pun keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh sahaja. Boleh jadi Ogos, boleh jadi bukan Ogos,” kata beliau.

Susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) untuk menarik sokongan daripada kerajaan PN, Ahli Parlimen Umno yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Jemaah Menteri semasa atau menyandang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada parti itu disaran meletak jawatan.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan Shamrahayu Abd Aziz berkata, peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri Umno daripada Jemaah Menteri kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.

“Mereka hanya meletak jawatan yang disandang itu, bukan meletakkan jawatan sebagai ahli dewan.

“Tetapi ia berkaitan. Sekiranya peletakan jawatan itu juga menunjukkan mereka menarik balik sokongan atau kepercayaan kepada kerajaan, maka ini akan memberikan kesan yang besar kepada komposisi kedudukan kerajaan itu sendiri,” kata beliau kepada pemberita pada forum itu.

Shamrahayu berkata, setiap parti politik harus kembali kepada tujuan perjuangan mereka.

“Sama ada PAS atau PPBM atau PKR atau Umno sekali pun, rujuklah kepada apa yang telah mereka janjikan kepada penubuhan parti politik itu sendiri.

“Saya fikir itu adalah satu tindakan yang baik untuk menyatupadukan parti-parti politik ini bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu tetapi demi kepentingan kestabilan politik tanah air,” kata beliau.

Justeru itu, beliau berkata, semua parti perlu mengelakkan tindakan yang boleh membawa kepada situasi negatif kepada negara, termasuk dalam pelaburan asing dan kedudukan ekonomi rakyat. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat