Bersatu dan PAS runding agih kerusi, PAS pilih bersama PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu dan PAS hari ini menegaskan kerjasama Perikatan Nasional (PN) diteruskan bagi menghadapi PRU-15.

Dua parti Melayu itu juga berpakat menolak sebarang bentuk penjajaran baru untuk menubuhkan kerajaan selepas itu, terutama yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama dua Setiausaha Agung Bersatu dan PAS, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, Bersatu dan PAS selaku parti pengasas utama PN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemesyuaratan di peringkat pusat bagi merangka strategi hala tuju partis khusus bagi menghadapi PRU-15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

“Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Meyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti komponen,” kata mereka.

Keputusan muktamad ini dicapai selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuab yang berlangsung pada 30 Mac yang diadakan bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam PN.

Sementara itu, Bersatu dan PAS menyatakan bahawa kedua-dua parti komited untuk memperkukuhkan penytuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep tersebut.

“Sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan ummah yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat