Jala ikan darat, raih RM 300 bawa limpahan rezeki

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Panas terik di kaki Gunung Keriang tidak menghalang Azizan Mansur, 54, untuk mencari sumber rezeki halal biarpun keringat membasahi tubuh, dia terus tekad menjala ikan darat bagi menjana pendapatannya.

“Hasil menebar, tidak menentu ada pasang surutnya ada kalanya banyak dan ada ketikanya sedikit namun bergantung pada keadaan air, cuaca dan musim.

Sekiranya paras air sungai naik, agak kurang hasilnya. Namun agak lumayan berbanding biasa saat air sungai surut mendadak. Ikan akan keluar dari lubuk dan timbul di permukaan air dapatlah menangkap banyak ikan.

Rezeki tak salah alamat, kebiasaannya sekali turun ke sungai saya mampu meraih tidak kurang 10 hingga 15 kilogram sehari pelbagai spesies ikan yang tersangkut pada jalanya.

Saya akan memastikan setiap tebaran membawa hasil antaranya seluang, belida, keli, lampam, baung serta beberapa spesies lain dan paling banyak sekali ialah haruan, puyu, sepat ronggeng dan sepat benua, ”katanya ketika ditemui oleh Wartawan SUARA. TV di Kampung Gelung Air dekat sini.

“Walaupun penat dan letih serta terpaksa bergelumang dengan lumpur dan bau hanyir setiap kali menjala yang penting hasilnya yang agak berbaloi juga.

Alhamdulillah, kalau time banyak bolehlah dalam seminggu dapatlah RM300. Saya menjualnya siap disiang kepada penduduk sekitar dengan harga RM16 hingga RM 18 sekilo mengikut saiz dan jenisnya namun ada juga yang gemar membeli ikan yang masih hidup.

Selebihnya saya jadikan lauk-pauk yang menyelerakan buat sanak saudara antaranya gulai asam pedas dan masak lemak cili padi. Paling enak ikan pekasam dan kari ikan puyu dengan ubi kemili dimakan bersama nasi panas.

Selain ikan di lautan samudera , ikan darat juga kaya dengan kandungan protein yang sangat tinggi dan baik untuk kesihatan tubuh badan,”katanya.

“Sudah menjadi rutin harian selepas pulang dari meniaga ikan di ‘Nat’ (pasar pagi) saya akan membawa serawan jala ke lokasi tumpuan yang kaya dengan hasil ikan darat di sekitar kampungnya antaranya di tali air kaki Gunung Keriang.

Meskipun lebih memerlukan wang untuk membeli barangan keperluan harian lain, saya rela berkorban mengeluarkan sedikit duit poket sendiri bagi membeli serawan jala sepanjang 10 kaki yang berharga RM 230.

Saya kena cekal dan tabah menghadapi cabaran hidup, hanya keberkatan rezeki yang halal akan mencukupi walaupun sedikit.

Keuntungannya tidaklah seberapa biarlah berkat, dapat juga menampung keperluan keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup seperti insan lain.

Tiada jalan pintas untuk seseorang itu berjaya dalam hidup, ”katanya lagi.

Peribahasa bijak Cina menyebut ‘beri seseorang ikan dan kamu memberinya makan selama sehari, mengajar seseorang memancing dan kamu memberinya makan seumur hidup.’

Saya bersetuju dengan peribahasa ini, untuk keluar dari kepompong kemiskinan, setidak-tidaknya ianya mampu membentuk seseorang itu untuk rajin berusaha menunggu dengan penuh kesabaran jorannnya disentap oleh ikan, ”luahnya.

“Saya berharap kelak air sungai tidak tercemar, terus mengalir bersih dan kekal dipelihara di samping turut menjadi habitat pelbagai spesies ikan air tawar dapat hidup meliar agar tidak pupus.

Sungai yang bersih boleh menjadi sumber rezeki bukan saja untuk dirinya malah kepada orang lain juga yang mahu menjana pendapatan.

Mungkin ada pihak tertentu dapat menghulurkan bantuan peralatan tangkapan ikan darat seperti jala kepadanya bagi meningkatkan pendapatannya kelak, ”luahnya lagi.

Menurut Pegawai Perikanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan Cawangan Perikanan Darat, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Muhammad Hafis Jefri, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui DOF mempunyai satu program iaitu Geran Agropreneur Muda (GAM).

“GAM diwujudkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun bagi membantu mereka dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani, ”katanya melalui hantaran e-mel pada 24 Januari lepas.

Katanya lagi, untuk nelayan pula boleh memohon mendapatkan bantuan peralatan penangkapan ikan, enjin, bot atau alat penyimpanan ikan dengan nilai bantuan maksimum RM20,000.
Maklumat lanjut boleh dilayari : https://www.kpkm.gov.my/agropreneur-muda

Buat para dermawan yang berhasrat menyumbang serawan jala bolehlah menghubungi Azizan Mansur di talian 011-1252 7079, beralamat No. 82A Kampung Gelong Air, Mukim Gunong, 06570 Alor Setar, Kedah – SUARA. TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat