- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil menuntut kerajaan membuat pengumuman rasmi status hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Isham berkata demikian merujuk laporan CNA yang mendakwa hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada 6 tahun.
“Laporan akhbar.
“Kerajaan perlu buat pengumuman rasmi,” gesa Isham.
Selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari lalu, Lembaga Pengampunan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.