Tun Faisal Gelar ‘UmnoZahid Sdn Bhd’ Sekat Ruang Keadilan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa membuat pendakwaan dan hukuman tanpa membuka ruang keadilan sewajarnya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya (yang digantung), Tun Faisal Ismail Aziz menggelarkan Umno kini sebagai UmnoZahid Sdn Bhd.

Mengulas surat rasmi penggantungan keahlian Umno selama 6 tahun yang diterima Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak pula dinyatakan sebab penggantungan.

Tun Faisal menempelak cara Umno menjatuhkan hukuman tanpa proses keadilan.

“Begitulah cara UmnoZahid Sdn Bhd membuat pendakwaan dan hukuman. Ketika dia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kena kes mahkamah, desak diberi keadilan, bila Datuk Seri Najib Razak kena kes mahkamah, desak diberi keadilan.

“Bila geng-geng dia buat pendakwaan dan hukuman, bukan sahaja keadilan tak diberikan, due process tak dilaksanakan, ruang untuk membela diri tak diberikan, nak sebut melanggar peraturan mana, perkara berapa, apa aduannya, apa bukti-buktinya pun tak mampu mereka berikan,” bidas Tun Faisal dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Tegas beliau, setakat yang umum maklum adalah Presiden Umno dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang sudah habis tempoh.

“….dah expired (tamat tempoh) ini telah menyalah gunakan nama Umno, pegawai-pegawai Umno, platform-platform Umno termasuk Perhimpunan Agung Umno (PAU), jelajah negeri ke negeri, jentera-jentera Umno dengan perbelanjaannya menggunakan dana Umno, untuk membuat pelbagai tuduhan, dakwaan, menyerang saingan-saingan politik Zahid dengan tuduhan yang tak dapat dibuktikan.

“…. serta pembunuhan karektor terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak sama pendapat dengan Zahid tanpa memberi ruang kepada mereka untuk membela diri dan memberikan sebarang penjelasan menggunakan platform yang sama,” bidas Tun Faisal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat