Masih digantung 6 tahun, kini Tun Faisal dipecat Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya (yang digantung), Tun Faisal Ismail Aziz kini telah dipecat keahliannya daripada menganggotai parti Umno berkuat kuasa serta-merta.

Dalam surat rasmi bertarikh 27 Januari 2023, dimaklumkan Tun Faisal telah dilucutkan keahlian Umno.

Surat yang dikirim Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 5 Januari 2023 dan minit mesyuarat MKT yang disahkan pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa Tun Faisal dilucutkan daripada keahlian Umno berkuat kuasa serta-merta.

“Datuk (Tun Faisal) dilucutkan daripada keahlian Umno berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan Datuk yang telah melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 (a), (b), (c), (d) dan (f) Perlembagaan Umno dibaca bersama Perkara 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli,” catat surat berkenaan yang dilihat Suara.TV pada Selasa.

Pada Mac 2021, Umno telah menggantung keahlian beliau selama 6 tahun susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Tun Faisal dilaporkan berkata, Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa Umno menyokong, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun gagal berkali-kali.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat