Penjawat Awam Ditahan Dalam Ops Tapis Khas

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang penjawat awam antara 450 individu ditahan dalam Ops Tapis Khas di Pahang.

Penjawat awam dipercayai bertugas sebagai pembantu perubatan ditahan dalam operasi serentak di 11 daerah di negeri ini yang bermula 25 Januari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 28 ‘port’ panas dikenalpasti sebagai lokasi penagihan dadah diserbu dalam operasi terbabit.

“Kebanyakan ‘port’ panas ini berada dalam kawasan bandar, FELDA dan taman perumahan.

“Sebanyak 209 serbuan dengan 232 pemeriksaan dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang sepanjang tiga hari operasi dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Ramli berkata, seramai 446 penagih lelaki dan empat wanita berusia antara 14 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi khas itu.

“Selain didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah, mereka yang ditahan turut dikesan (menyalahgunakan) air ketum.

“Kita juga berjaya memberkas 35 suspek dipercayai ‘tokan’ dadah selain 12 suspek yang disenaraikan sebagai ‘wanted person’ atas kesalahan dadah,” katanya lagi.

Beliau memaklumkan sejumlah 1,142.69 gram dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM27,014 dirampas.

Katanya, antara jenis dadah dirampas ialah syabu, heroin dan pil Yaba dan Eramin Five.

“Kita juga merampas 107.63 liter air ketum dan menyita sebuah motosikal dan wang tunai berjumlah RM470,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat