Agrico Qatar Melabur Dalam Sektor Pertanian Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Agrico Qatar melalui anak syarikatnya Agrico Malaysia Sdn. Bhd. bersedia untuk melabur dan menjalinkan kerjasama dalam sektor pertanian dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) terutamanya melalui projek akuakultur, pertanian bersepadu, bekalan baja dan makanan ternakan.

Kementerian itu dalam kenyataannya menyatakan kesediaan untuk memudahcara kerjasama antara Jabatan atau Agensi di bawah MAFS dengan Agrico Qatar bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Katanya, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi dan Pengasas Agrico for Agricultural Development Company (Agrico Qatar), Ahmad Hussen Al-Khalaf, pada 30 Januari 2023 di Putrajaya.

“Agrico Qatar adalah merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan organik serta akuakultur dan pengurusan sisa organik.

“Semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Qatar pada 26 hingga 29 Mac 2022 lalu, Agrico Qatar telah menyatakan hasratnya untuk melabur dalam sektor pertanian bagi pembangunan buah-buahan berkualiti premium dan fasiliti pengeluaran sayur-sayuran di Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu katanya, pertemuan antara Mohamad dan Pengerusi Agrico Qatar kali ini adalah merupakan susulan terhadap cadangan kerjasama antara Agrico Qatar dalam sektor pertanian di Malaysia tersebut.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan wakil Kedutaan Qatar di Malaysia serta pegawai-pegawai kanan MAFS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat