Harga siling ayam kini RM8.90 turun 20 sen – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling siling ayam sekarang RM9.10 yang ditetapkan sekarang menjadi RM8.90.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengumumkan harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Jelas beliau, pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

Perkara itu dicapai selepas Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan untuk membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Ismail Sabri memberitahu, tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil.

“Sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat ini.

“Mesyuarat khas yang turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini telah membuat keputusan iaitu kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM. Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil.

” Permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain.

“Mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket) selain tu, mesyuarat mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur,” ujar Perdana Menteri.

Kata Ismail Sabri lagi, pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan Kementerian-Kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah.

” Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan.

“Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam,” katanya.

Ismail Sabri juga memaklumkan, permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022.

” Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga.

“Mesyuarat pada hari ini fokus kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri menjelaskan langkah-langkah jangka panjang turut dibincangkan antaranya ialah menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam; mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.

” Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.

“Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat