Guna slogan “Abah Sayang Johor”, jadikan Muhyiddin poster boy, Cabar Puad

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan hidup mati Bersatu malah ia boleh dikategorikan sebagai beban berat kepada Abahku (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” kata Datuk Dr Puad Zarkashi.

Beliau malah mencabar Muhyiddin supaya kekal menjadi ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) di PRN Johor.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi poster boy PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka “Abah sayang Johor”.

“Masa enam bulan pertama jadi Perdana Menteri ke-8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah Perdana Menteri paling popular. Rupanya selepas 17 bulan, Abahku hilang jawatan Perdana Menteri. Dia “PMGagal”, dakwanya.

Puad menegaskan nyawa Bersatu terletak pada Muhyiddin.

“Ada Abahku, adalah Bersatu. PRN Johor adalah medan hidup mati Bersatu. Ia beban berat kepada Abahku.

“Semoga Abahku tidak menyesal kerana tubuh Bersatu dan cuba bunuh UMNO. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi UMNO yang kental setia dengan UMNO,” bidas Puad.