‘Boleh Sahaja Kalau Presiden UMNO Jadi Pengarah Pilihan Raya Negeri’ – Penganalisa Politik

- Advertisement -

PULAU PINANG: Penganalisa politik tanah air, Azizi Safar berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh sahaja nak jadi Pengarah Pilihan Raya Negeri kerana ketika ini beliau bukan seorang Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya, amalan melantik Timbalan Presiden UMNO sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil bukan satu perkara baharu.

Jelasnya, ianya telah diamalkan semenjak zaman Perdana Menteri ke-empat yang juga Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia diamalkan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi.

“Pada masa itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO dilantik jadi Pengarah Pilihan Raya Kecil setiap kali PRK diadakan.

“Dan setiap kali ada Pilihan Raya Kecil berlangsung, Tun Dr Mahathir Mohamad  sebagai Perdana Menteri akan keluar negara.” kata beliau melalui ruangan ‘Geli-Geli Politik UMNO’ di Facebooknya.

Kata Azizi yang juga bekas Setiausaha Kerja Barisan Nasional Pulau Pinang, ketika PRN Melaka yang berlansung tahun lepas, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan menjadi Pengarah PRN Melaka dan ketika Ahmad Zahid ketika itu mendapatkan rawatan di Jerman atas kebenaran Mahkamah.

Sudah tiba masanya, Ahmad Zahid yang hanya memegang jawatan Presiden parti menjadi Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor kerana kedudukannya yang tidak memegang jawatan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri.

“Sekarang Presiden UMNO bukan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO bukan juga Timbalan Perdana Menteri. Boleh saja kalau Presiden UMNO sendiri nak jadi Pengarah Pilihan Raya Negeri.” ujar Azizi.

Dalam pada itu, berkenaan kebanyakkan pemimpin-pemimpin politik tanah air sudah tidak relevan lagi. Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin muda harus diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Ramai pemimpin-pemimpin politik, semua parti pun ada, sudah tidak lagi relevan.

“Patut sedar diri, undur dan bersara.

“Beri peluang kepada pemimpin-pemimpin muda pula untuk berkhidmat dan berjasa kepada rakyat dan negara.” ujarnya lagi. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat