COVID-19: Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Di Sabah – Masidi

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Dua lagi pelajar disahkan positif COVID-19 di Sabah yang dikesan melalui saringan masuk asrama pada 22 Jan lalu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata dua kes itu merupakan sebahagian daripada Kluster Jalan Labuk, Sandakan, iaitu kluster baharu yang dikesan hari ini.

Dua pelajar berkenaan antara 263 kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 48,570 kes, katanya dalam kenyataan.

“Seramai 414 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh di Sabah seramai 44,821 orang,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata penyalahgunaan surat kebenaran bertugas termasuk surat kebenaran bertugas harian untuk balik kampung menjadi antara punca jumlah kenderaan diperiksa di sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua meningkat.

Sebelum ini, sebanyak 35,000 kenderaan sahaja di periksa setiap hari sepanjang PKP pertama tahun lalu, namun, jumlah itu meningkat kepada 40,000 kenderaan pada PKP kedua, manakala sebanyak 60,000 kenderaan di periksa pada hujung minggu, katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat