Muafakat Kerajaan Madani lebih ikhlas, tak khianat – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur dengan keutuhan kesepakatan dikalangan parti-parti bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan jika dibandingkan dengan Perikatan Nasional (PN) yang sedang mengharungi krisis sesama parti komponen.

Anwar yang juga Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan ikatan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan Madani itu lebih ikhlas tanpa unsur pengkhianatan.

“Saya syukur Alhamdulillah kerana muafakat Kerajaan Perpaduan Madani itu lebih mantap, lebih ikhlas.

“…. dan tidak ada usaha sabotaj, khianat seperti mana berlaku dikalangan rakan-rakan lain,” kata Anwar dalam sidang media pada Selasa.

Perdana Menteri berkata demikian mengulas perkembangan politik semasa terkait peletakan jawatan-jawatan utama dalam PN impak daripada krisis politik di Perlis yang membabitkan pertikaian Bersatu dan Pas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat