Belanjawan 2023 diharap tumpu inisiatif pemerkasaan kaum India

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bekas calon Barisan Nasional Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan semula “Cabinet Committee on the Indian Community” sebagai badan pemantau pelaksana dasar pembangunan berkaitan masyarakat India dalam Belanjawan 2023 akan datang.

Menurutnya, penubuhan ini akan membantu kerajaan untuk menyelaras dan mengurus pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India secara lebih tersasar.

“Cabinet Committee on the Indian Community pernah dilaksanakan sebelum ini namun menimbulkan perbagai persoalan dari segi keberkesanan jawatankuasa.

“Ini terutama dalam hal-ehwal penyelarasan kerjasama membabitkan pelbagai kementerian di samping memberi ruang kepada pemegang taruh dari pelbagai latar belakang dan kepakaran untuk menyuarakan pandangan mereka untuk memperkukuh legitimasi agenda pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menggesa agar kerajaan meneliti pengoperasian Malaysian Indian Transformation Unit terutamanya pengagihan peruntukan RM100 juta setiap tahun.

“Kita semua maklum bahawa sebahagian besar dana yang diperuntukkan sebelum ini diagihkan dalam kalangan pelbagai pertubuhan/persatuan/syarikat tanpa meneliti impak projek tersebut terhadap kumpulan sasaran.

“Dalam soal ini, saya dengan merendah diri ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kaedah operasi pengagihan dana MITRA diperhalusi dan diubah agar peruntukan sejumlah RM 100 Juta setiap tahun dapat digunakan untuk pemerkasaan masyarakat India secara langsung.

“Misalnya program berimpak tinggi yang memenuhi keperluan semasa seperti pemerkasaan kemahiran dan digital agar kumpulan golongan miskin (B40) memperoleh manfaat ekonomi digital, subsidi perkhidmatan internet untuk meningkatkan ketersambungan digital mereka,” katanya.

Tambahnya, bagi kumpulan miskin tegar pula, kerajaan perlu menitikberatkan peluang pembangunan pendidikan, kemahiran dan keusahawan baru agar selari dengan revolusi digital.

Beliau turut menyarankan agar pemerkasaan sistem sokongan pendidikan awal kanak-kanak dibawah kawal selia MITRA turut diambil perhatian.

“Inisiatif pembangunan usahawan muda komuniti India dalam pelbagai sektor juga satu lagi aspek yang harus diberi tumpuan.

“Saya memohon pihak kerajaan agar menyediakan dana pembangunan keusahawanan bersasar (targeted), misalnya melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Ini kerana sektor agro mempunyai penglibatan usahawan muda India yang tinggi pada masa kini,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata bantuan sedia ada untuk tujuan pembangunan usahawan India seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) perlu diteruskan agar lebih ramai usahawan kecil sederhana dari masyarakat India dapat menerima manfaat melalui Kerajaan Perpaduan.

“Dana RM25 juta oleh TEKUN Nasional melalui SPUMI hanya boleh digunakan untuk manfaat purata 2,500 usahawan kecil sahaja dengan anggaran pinjaman RM 10,000 untuk setiap seorang. Saya berharap agar jumlah ini digandakan mengambil kira kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka berlaku pada 2023.

“Ini bagi memastikan kelangsungan hampir 5,000 usahawan kecil sederhana dari kumpulan sasaran,” katanya.

Selain Itu beliau meminta agar kerajaan memberi tumpuan tambahan kepada aspek pendidikan yang melibatkan masyarakat India.

“Ini terutamanya dalam soal peruntukan penyelengaraan dan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, peluang penempatan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Program Matrikulasi dan Universiti Awam.

“Memandangkan perkara yang dinyatakan di atas menjadi isu tumpuan tahunan, saya berharap pihak kerajaan dapat menanganinya secara proaktif.

“Bagi peruntukan penyelenggaraan dan pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil misalnya, jumlah yang diperuntukkan untuk tujuan tersebut dalam Belanjawan 2023 kelak wajar dinyatakan secara jelas selaras dengan nilai ketelusan yang menjadi agenda utama pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat