442 Mangsa Banjir Dikesan Positif Covid-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 442 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang direkodkan setakat pukul 3 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Perpindahan Sementara (PPS).

“Dalam masa sama, sebanyak 71 kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (semasa 26 kes/kumulatif 1,182 kes), penyakit kulit (semasa 30 kes/kumulatif 522 kes), acute gastroenteritis (semasa 13 kes/kumulatif 238 kes) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (semasa dua kes/kumulatif enam kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 61 PPS masih beroperasi iaitu Kelantan (10), Pahang (43), Selangor (tujuh) dan Negeri Sembilan (satu), manakala jumlah mangsa terjejas banjir seramai 6,348 orang. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat