Pentas akhir LCK2 tanpa penonton

- Advertisement -

Petaling Jaya: Pentas akhir program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada 3 Januari ini akan berlangsung tanpa penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan penularan Covid-19.

Penerbit Eksekutifnya, Sufian Isa berkata, saiz studio yang sempit mengehadkan jumlah individu yang boleh berada di lokasi berkenaan dalam satu-satu masa.

“Program ini berlangsung di Studio 1 di Glenmarie, Shah Alam dan saiz studio itu agak sempit. Jadi, sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan MKN dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ia akan berlangsung tanpa penonton.

“Keputusan ini juga dibuat sebagai menyambut baik keputusan kerajaan yang melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor sehingga 14 Januari depan,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai konsep persembahan pada malam itu, Sufian berkata, setiap pasangan yang layak ke pusingan akhir akan mempertaruhkan dua persembahan.

Lima pasangan yang layak ke pusingan akhir ialah Khareez dan Nadeera; Syafiq dan Serra; Kael dan Evie; Iss dan Mya dan Adly dan Darling.

Selain pasangan peserta, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada pengacara, Elly Mazlein dan Azwan Ali, juri tetap, Mas Idayu, Ajai dan Hael Husaini serta artis jemputan iaitu Zizi Kirana dan Dayang Nurfaizah.

Pentas akhir LCK2 akan ditayangkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat