Sanusi tak pernah berangan pun jadi PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak meletakkan sebarang sasaran ataupun berangan untuk menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Kedah itu malah menegaskan beliau tidak pernah berharap untuk memegang apa-apa jawatan sekalipun sepanjang kariernya sebagai ahli politik.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, segalanya adalah aturan Allah dan menyerahkan perkara itu untuk diputuskan jemaah dalam Pas.

Begitupun katanya, beliau akan mencuba sehabis baik melaksanakan tanggungjawab sekiranya diberikan amanah oleh kepimpinan parti demi kebaikan semua pihak.

“Soal kepimpinan ini saya dah cakap banyak kali termasuk sidang media sebelum ini yang kita tak boleh letak sasaran atau angan-angan. Saya duduk di sini pun tak ada sasaran serta angan-angan. Allah yang kirimkan saya ke sini bersama pemimpin lain, kalau pergi lebih jauh itu terserah kepada jemaah dan parti.

“Saya tak ada cita-cita tetapi kalau diberi amanah oleh kepimpinan di mana saja, saya akan cubalah untuk jemaah, parti dan orang ramai, bukan untuk diri saya,” lapor Kosmo! di Alor Setar pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat