Zahid dan Fadillah Bakal Dilantik TPM?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof disebut-sebut bakal mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) memaklumkan kepada SuaraTV, Zahid dan Fadillah juga bakal memegang kementerian penting dalam kabinet kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan biarpun terdapat tentangan pada peringkat awal namun perkara itu akhirnya dipersetujui oleh pimpinan parti komponen PH selepas diberikan penerangan kepentingan melantik Zahid bagi memastikan jangka hayat kerajaan baharu ini berpanjangan.

“Awalnya ramai yang mendesak agar Zahid tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet memandangkan beliau masih berdepan kes mahkamah.

“Penentangan ini bukan hanya datang dari parti komponen seperti DAP dan Amanah tetapi juga dari PKR yang berpendapat ramai lagi pemimpin BN yang layak diberikan jawatan TPM.

“Antara nama yang dicadangkan adalah Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), namun setelah diterangkan kepentingan melantik Zahid, maka semua pihak yang menentang itu menerima.

“Apa yang perlu dilakukan selepas ini adalah memberi penjelasan kepada ahli-ahli parti dan penyokong PH tentang rasional pelantikan Zahid,” kata sumber tersebut.

Sumber tersebut juga memaklumkan Zahid dipilih sebagai TPM kerana UMNO hanya mencalonkan nama beliau untuk jawatan tersebut.

Difahamkan PKR akan mendapat empat jawatan menteri, BN pula akan diberi jawatan timbalan perdana menteri berserta empat jawatan menteri, GPS Sarawak juga akan diberi jawatan timbalan perdana menteri dan tiga jawatan menteri.

DAP dijangka mendapat lima jawatan menteri, Amanah (2) dan Upko (1).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat