Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan dijangka sebelum Jumaat ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pembentukan barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan diumumkan sebelum Jumaat ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu ini, lapor BH.

Terdapat khabar angin mengatakan, senarai Jemaah Menteri telah dipersembahkan semasa pertemuan Anwar bersama Tuanku semalam.

Difahamkan, pertemuan mingguan pertama Anwar bersama Yang di-Pertuan Agong itu diadakan semalam berbanding kelazimannya setiap Rabu berikutan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung semalam dan juga hari ini.

Jika Perdana Menteri tidak membuat sebarang pengumuman mengenai Kabinetnya hari ini, beliau dilihat mungkin mengadakan sidang media mengenainya selewat-lewatnya esok bagi memberi cukup masa untuk istiadat angkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil pula memberitahu, beliau difahamkan pengumuman itu akan dibuat sesegera mungkin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak ada sebarang maklumat mengenainya.

“Saya tak ada maklumat. Ada beberapa wartawan dah hubungi (saya) dan ya saya tak ada sebarang maklumat mengenai perkara ini.

“Yang saya difahamkan sesegera mungkin, tapi saya tak ada maklumat mengenai jangka masa itu,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Selain tarikh pengumuman Kabinet menjadi persoalan, turut menjadi teka teki ialah bilangan menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik menerajui pelbagai kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.

Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz yang lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan juga dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat