PH Berpakat Dengan BN Sebab PN Kuat Di Tioman -Hadi

- Advertisement -

ROMPIN- Tindakan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpakat di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman memberi isyarat jelas bahawa Perikatan Nasional (PN) digeruni.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan BN dan PH itu membuktikan PN adalah saingan kuat sehingga memerlukan dua parti itu bergabung bagi menentang calon PN, Nor Idayu Hashim yang dijangka akan menyumbang kerusi DUN ke-18 buat PN.

“Soal BN dan PH itu tanya mereka lah jangan tanya saya, itu urusan mereka bukan urusan kami. Itu menandakan PH dan BN perlu bersama untuk lawan kita.

“Maksudnya kita kuat lah tu, kalau kita tak kuat dia tak berpakat. PAS tak kisah, jalan macam biasa,” tegas Hadi ketika sidang media selepas ceramah PN di Bandar Baru Rompin, malam tadi.

Beliau malah menyatakan bahawa PN akan berjaya memenangkan kerusi DUN Tioman kerana sentimen pengundi yang mahukan pimpinan yang bersih dan stabil.

“Sebagaimana kita menang tempat lain, itu juga yang berlaku di DUN Tioman.

“Kita menang, kita berjaya… yang penting pengundi menentukan,” katanya sambil mengulas sekiranya rakyat menolak BN di Parlimen Rompin, di DUN juga akan berlaku sentimen yang sama.

Pada Selasa, Amanah mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN di DUN Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat