Hadi Sedia Dipanggil Bukit Aman

- Advertisement -

ROMPIN – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak pernah sesekali menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel bagaimanapun beliau sedia disiasat Bukit Aman.

Kata Hadi beliau terbuka sekiranya dipanggil Bukit Aman untuk siasatan atas dakwaan berkenaan, pun begitu katanya sehingga kini beliau masih belum dihubungi pihak berkuasa.

“Siapa kata (Anwar ejen Israel)? Saya tak kata, kalau saya tak kata ,dia yang kata… terserah dia lah.

“Bukit Aman tahu saya kata tak kata sebab apabila saya ceramah pun dia rakam, kenyataan media saya pun Bukit Aman baca. Saya kata, tak kata ka terpulang,” tegas Hadi ketika ditanya berkenaan laporan media kononnya Presiden PAS itu disiasat Bukit Aman kerana menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel.

Bahkan menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, beliau tiada sebarang masalah jika disiasat malah itu bukan kali pertama beliau dipanggil Bukit Aman.

“Saya bukan sekali dua dipanggil Bukit Aman. Saya boleh pergi Bukit Aman, tak jadi masalah.

“… ya memang kita terbuka, sedia disiasat. Tapi tak dapat panggilan dari Bukit Aman, tak ada… tak ada lah tu,” ujarnya.

Terdahulu, Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden PAS itu susulan beliau menuduh Anwar sebagai ejen Israel.

Sebelum itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Bagaimanapun, media membuat laporan baru dengan pindaan bahawa polis sedang menyiasat Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri sebagai ejen Israel.

Kenyataan terbaru itu menamakan Hassan sebagai individu yang sedang disiasat.

Setiausaha PDRM, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat