Semai semangat kekeluargaan

- Advertisement -

FILEM: Encanto

PENGARAH: Jared Bush, Byron Howard

PENULIS SKRIP: Charise Castro Smith, Jared Bush

PELAKON: Stephanie Beatriz, Maria Cecilia Botero, John Leguizamo, Diane Guerrero, Jessica Darrow, Angie Cepeda, Wilmer Valderrama

TERBITAN: Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

PENAT dengan kehadiran filem aksi serta drama, sesekali, otak saya perlu berehat dan’melayan’ filem animasi dan terbaharu, saya meluangkan masa menonton filem Disney Encanto.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, ia berkonsepkan filem animasi muzikal yang padat dengan drama dan aksi.

Bagi peminat setia filem animasi terbitan Disney, tentunya anda sudah dapat tahu tunjang utama jalan cerita mereka kebanyakannya mengenai puteri puteri raja.

Kali ini, tunjang utamanya masih sama, namun kisahnya berbeza memandangkan karakter utamanya iaitu Mirabel Madrigal bukanlah puteri raja dari mana-mana kerajaan.

Dia sebaliknya adalah satu daripada beberapa pewaris keluarga Madrigal. Kesemua anggota keluarga ini memiliki kuasa magis masing-masing.

Diketuai neneknya, Alma atau dipanggil Abuela, setiap anggota keluarga Madrigal dikurniakan anugerah magis ketika meningkat ke satu usia.

 

 

Ibu Mirabel, Julieta memiliki kuasa untuk menyembuhkan segala penyakit menggunakan masakannya. Kakak Mirabel, Isabela dan Luisa juga masing-masing memiliki kuasa iaitu mengembangkan bunga-bunga dan kekuatan mengangkat beban.

Namun begitu, berbanding ibu, adik beradik serta sepupunya, Mirabel tidak memiliki sebarang kuasa magis yang luar biasa.

Itu membuatkannya rasa sering terpinggir dan tidak menjadi cucu kesayangan Abuela. Bagaimanapun, ibunya sentiasa menjadi penguat semangat buatnya untuk tidak terlalu menghiraukan sikap neneknya.

Satu hari, kediaman mereka yang digelar Casita mula merekah dan menyebabkan lilin yang digelar Encanto yang tidak pernah padam, kini mula padam.

Dari situ, bermulalah perjuangan Mirabel untuk menyelamatkan keluarganya tanpa menggunakan sebarang kuasa magis.

Nilai paling jelas sekali adalah mengenai hubungan kekeluargaan yang kuat dan bagaimana setiap anggota keluarga perlu saling menyokong antara satu sama lain.

 

 

Hubungan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat juga penting untuk memastikan keharmonian tempat tinggal yang didiami.

Dari segi jalan cerita, saya berasakan bahawa Encanto bukanlah animasi tipikal seperti mana yang sering kita lihat dalam cerita dongeng Disney.

Muzik serta lagu-lagu yang disajikan juga tak kurang hebatnya dan tidak mustahil sekiranya ia menjadi siulan ramai penonton. Ia padat dengan drama, aksi, adegan lucu dan mencuit hati serta ada juga babak-babak menyentuh emosi.

Di Malaysia, filem ini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 November lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat