Roy masih terlantar, tak boleh bangun

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Roy, 57, masih terlantar dan belum boleh bangun selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sini, sejak lebih tiga minggu lalu.

Isterinya Linda, 56, atau nama sebenarnya Haslinda Abdul Rahman berkata suaminya memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk pulih daripada kecederaan dialami.

“Dia masih lagi ditahan di KPJ Tawakal Kuala Lumpur bahagian rehabilitasi. Roy masih tak boleh bangun. Kaki kiri dan tangan kiri tak boleh bergerak sebab tulang punggung retak dan tangan patah.

“Keadaannya sedar dan boleh bercakap. Cuma doktor cakap ia akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk pulih,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Ratnaku itu kini terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu akibat terjatuh ketika hendak mengambil wuduk.

Penyanyi itu dikhabarkan sudah hampir tiga minggu berada di wad kerana mengalami retak di antara sambungan tulang pinggul. Sambungan tulang bahunya turut retak dan terkehel.

Januari lalu, Roy pernah dijangkiti Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Selepas seminggu menjalani rawatan, dia kembali sembuh dan kemudian meneruskan kerjaya rutinnya sebagai ‘buskers’ di sebuah pusat beli-belah di Setiawangsa, di sini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat