Pulau Pinang anggap Sanusi tak berani buat tuntutan rasmi – Kon Yeow

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuntutan dibuat Kedah terhadap kerajaan Pulau Pinang tidak pernah disalurkan melalui saluran rasmi, bahkan tidak dibangkitkan pada mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar bersama Perdana Menteri sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, segala tuntutan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanya disuarakan secara tidak rasmi atau melalui kenyataan serta pandangannya kepada media.

“Mungkin Menteri Besar Kedah tidak berani mahu sebut isu ini dalam mesyuarat rasmi, cuma berani sebut di luar melalui kenyataan dan pandangan kepada media.

“Jika Menteri Besar Kedah begitu serius dengan tuntutan dibuat, beliau sepatutnya tulis kepada kerajaan Persekutuan dengan terang dan jelas berhubung perkara itu,” katanya memetik BH.

Menjawab soalan tambahan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau juga menjelaskan, Pulau Pinang setakat ini juga tidak pernah menerima apa-apa tuntutan rasmi daripada Kedah.

Sebelum ini, kerajaan Kedah dilapor menuntut bayaran royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan selepas mendapati ia tidak pernah dinilai semula sejak 1786.

Muhammad Sanusi juga menuntut RM50 juta setahun daripada Pulau Pinang kerana mengabstrak air mentah dari Sungai Muda, selain pampasan RM100 juta setahun daripada kerajaan Pusat selepas menghentikan pembalakan di hutan Ulu Muda.

Mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani isu diplomasi dengan Kedah selain tidak melayan sebarang tuntutan dibuat, Kon Yeow berkata, perkara berkenaan menyentuh isu Perlembagaan Persekutuan dan negeri yang mana Pulau Pinang adalah negeri berdaulat sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957.

Justeru katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai keperluan untuk mempertimbangkan apa-apa tuntutan daripada negeri jiran berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat