Petronas jumpa telaga gas kedua di Wilayah Baram

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan penemuan gas dari telaga penerokaan Nangka-1 di Blok SK417, terletak di perairan cetek Wilayah Baram kira-kira 180 kilometer dari pantai Sarawak.

Telaga Nangka-1 telah berjaya digerudi sehingga jumlah kedalaman 3,758 meter pada September 2021.

“Gas itu ditemui di takungan klastik Miocene Kitaran 6 Tengah hingga Akhir, sekali gus mengesahkan potensi hidrokarbon di kawasan sekitar,” menurut perbadanan petroleum bersepadu sepenuhnya Malaysia itu dalam kenyataan di Kuching.

PTTEP HK Offshore Ltd merupakan pengendali untuk Blok SK417 dengan 80 peratus kepentingan penyertaan manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memegang baki 20 peratus.

Blok itu telah diberikan pada Mac 2018 berikutan Pusingan Bidaan Malaysia 2017.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan telaga Nangka-1 itu menjadikannya penemuan gas yang kedua di Wilayah Baram pada tahun ini.

“Penemuan gas bebas bahan cemar di Nangka-1 mengesahkan peluang gas di kawasan itu dan seterusnya menaik taraf Wilayah Baram.

“Penemuan gas kedua ini memberi kekuatan baharu kepada Wilayah Baram, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Delta Baram, menunjukkan potensi untuk lebih banyak penemuan di kawasan berhampiran.
“Wujudnya kemudahan sedia ada di rantau ini akan membolehkan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) mengewangkan penemuan mereka dengan lebih cepat dan lebih murah
melalui penyelesaian menyeluruh,” katanya memetik Bernama.

Pada Februari lepas, Petronas mengumumkan penemuan gas baharu di telaga penerokaan Dokong-1 dalam blok sama Wilayah Baram.
Maklumat lanjut mengenai peluang pelaburan di Malaysia, layari https://www.petronas.com/mpm/.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat