MARA Lancar Projek Pembangunan di Kota Kinabalu

- Advertisement -

KOTA KINABALU – MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) melalui anak syarikatnya MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) merancakkan industri pembinaan di Sabah menerusi projek pembangunan kondominium Signal Hill.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, projek tersebut dijangka turut menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

“Bukan itu sahaja, projek ini turut akan memberi peluang kepada syarikat kontraktor binaan, perunding projek dan syarikat pemasaran hartanah serta memberi peluang kepada golongan peniaga bumiputera yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara.

“Pembinaan projek dengan kos RM500 juta itu akan bermula pada pertengahan tahun hadapan dan dijangka siap dalam masa tiga tahun,” jelasnya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kondominium Signal Hill di sini, hari ini.

Mahdzir berkata projek tersebut dijangka mampu merancakkan semula ekonomi dan industri pembinaan tempatan terutama dalam fasa pemulihan ini.

Tambahnya lagi, projek pembangunan kondominium tersebut menawarkan sebanyak 441 unit kediaman dengan gaya hidup moden yang menitikberatkan aspek keselamatan penghuninya.

“Ia turut mempunyai 14 unit lot kedai berkeluasan hampir 20,000 kaki persegi.

“Selain pembeli tempatan, kondominium Signal Hill turut mensasarkan warga asing menerusi Program Malaysia My Second Home (MM2H) yang bakal membawa manfaat ekonomi kepada Sabah,” katanya.

Menerusi usahasama pembangunan projek ini, MARA Inc. telah mengorak satu langkah lagi iaitu memperkasakan perkembangan syarikat dalam sektor pembinaan dan hartanah di negeri Sabah dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam aspek pembangunan projek hartanah premium.

Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Kondominium Signal Hill disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MARA, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat