Bersatu-PN rancak serang PM, mahu Muhyiddin naik semula – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sedang menggerakkan jentera memulakan serangan bertubi-tubi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata Najib, Bersatu menyatakan bahawa objektif utama mereka ialah untuk mengembalikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

“Page-page propaganda Bersatu-PN utama seperti page Otai pun telah mulakan serangan bertubi-tubi atas PM Ismail Sabri.

“Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah harga barang naik biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi masa Muhyiddin jadi PM,” catat Najib di Facebooknya pada Selasa.

Kata bekas Perdana Menteri itu lagi, paling
membimbangkan ialah menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri juga merupakan menteri utama yang mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang khususnya harga makanan juga adalah dari parti yang mahu tumbangkan Ismail Sabri.

“Mereka serang Ismail Sabri berkenaan harga barang naik tapi mereka juga yang bertanggungjawab atas dasar-dasar yang sebabkan harga barang naik.

“Sejak bulan April saya telah menjelaskan punca kenaikan harga serta memberi pelbagai cadangan untuk kawal atau redakan kenaikan harga barang. Kenapa menteri-menteri ini tak mahu pertimbangkan? Tegas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat