Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri sawit negara.

Hishamuddin turut melahirkan rasa syukur apabila harga buah tandan segar dan minyak sawit mentah terus melonjak naik.

“Alhamdulillah, harga meningkat kebelakangan ini dan memanfaatkan lebih 500,000 pekebun kecil, keluarga serta komuniti setempat, khasnya era pandemik serba mencabar ini,” katanya, dipetik dari laporan Utusan.

Beliau turut memaklumkan beberapa rakan Facebooknya beliau turut berkongsi isu peningkatan harga yang tinggi itu berikutan pertambahan pembelian dari negara tertentu.

Menurutnya lagi, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut memaklumkannya mengenai faktor permintaan yang besar daripada pihak China dan India.

“Ini selari hasil pertemuan saya dengan Menteri Luar China, Wang Yi pada awal Oktober yang membawa persetujuan pembelian 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia hingga 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Hishamuddin turut mengulangi komitmen Wisma Putra dalam memanfaatkan hubungan dengan India yang kembali pulih untuk Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit ke negara berkenaan.

Beliau berterima kasih kepada Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar kerana bertindak mengurangkan duti import minyak sawit Malaysia daripada 37.5 peratus kepada 27.5 peratus.

“Insya Allah, keputusan ini dijangka menambah jumlah eksport produk tersebut ke India, sekali gus mampu meningkatkan lagi harga minyak sawit di negara kita,” ujarnya.

Selain itu, Hishamuddin turut memaklumkan beliau telah menyuarakan permintaan kepada wakil Kesatuan Eropah agar menghentikan tindakan diskriminasi dan seterusnya mengiktiraf Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Hishammuddin memberi jaminan Wisma Putra juga komited untuk melakukan usaha terbaik demi kepentingan setengah juta pekebun kelapa sawit tempatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat