MKBOKU, PUO anjur program outreach, tingkat peluang kerjaya golongan OKU

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), institusi pendidikan, dan masyarakat amat penting bagi memastikan akses pekerjaan yang lebih adil dan inklusif untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Dasar Perburuhan, KESUMA Dr. Ajitpal Singh a/l Santokh Singh berkata demikian ketika berucap pada program Outreach Jawatankuasa Pekerjaan di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO) dekat sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat PUO memaklumkan, program ini dianjurkan oleh KESUMA, MKBOKU dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta PUO.

Menurutnya, PUO dipilih sebagai lokasi kelima penganjuran kali ini , dengan matlamat utama memperluaskan kesedaran tentang peranan KESUMA selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan MKBOKU dalam menyediakan peluang dan sistem sokongan pekerjaan untuk golongan OKU di Malaysia.

“Program ini dihadiri oleh pelajar kelainan upaya pendengaran dan masalah pembelajaran dari beberapa institusi termasuk PUO, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Kolej Komuniti Selayang (KKSY), Kolej Komuniti Chenderoh (KKCP), dan Kolej Komuniti Gerik (KKGP).

“Selain itu, menampilkan aktiviti interaktif serta sesi penerangan komprehensif daripada wakil Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ”katanya.

“Sesi ini memberi maklumat penting tentang peluang kerjaya dan sokongan yang tersedia untuk golongan OKU serta langkah-langkah memperkasakan kebolehpasaran graduan OKU secara lebih sistematik melalui portal MYFutureJobs.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen PUO dalam menyokong dan mendokong usaha progresif dalam memastikan graduan OKU lebih bersedia dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam bidang pekerjaan.

“Ianya selaras dengan hasrat negara untuk meningkatkan keterangkuman dalam sektor pekerjaan, ” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat