KUALA LUMPUR – “Masa depan ada tetapi ada sesetengah individu perlu pergi… mungkin, untuk ada masa depan,” demikian reaksi Tunku Mahkota Johor tentang masa depan Umno dalam arena politik tanah air.
Kalau masih dengan sistem yang lama seperti sekarang, saya tak rasa Umno ada masa depan dalam negara, melainkan mereka berubah, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menurut baginda, sebagai parti Melayu yang kuat Umno ada asas.
Tetapi ujar baginda, perlu ada orang-orang yang lebih kualiti dalam Umno.
“Saya rasa mestilah ada orang-orang yang lebih iaitu someone who can bring a diffrent dynamic yang mana boleh relate dengan situasi semasa negara hari ini.
“Masa depan ada tapi ada ‘sebahagian individu kena pergi untuk ada masa depan’.
“Kalau masih dengan sistem yang begitu…lama macam sekarang, saya tak rasa Umno ada masa depan dalam negara kita unless their change,” kata TMJ dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik malam tadi.
Pada masa sama, baginda juga berharap bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dapat kembali ke pangkuan Umno bagi memajukan negara.
“Saya nak tengok orang-orang lebih layak berkhidmat dalam kerajaan, bukan berdasarkan senioriti, tetapi kelayakan,” kata baginda.