Pahang lancar Tabung Kemanusiaan Pahang4Palestine – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang melancarkan Tabung Kemanusiaan Pahang4Palestine untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hasil kutipann ini dapat membantu rakyat Palestin yang serba kekurangan terutamanya makanan, minuman, perubatan dan sebagainya.

“Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Tabung Kemanusian Pahang4Palestine bagi memastikan sumbangan kita dapat diselaraskan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang sedang dalam kedukaan.

“Semoga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu rakyat Palestin yang serba kekurangan terutamanya makanan, minuman, perubatan dan sebagainya akibat menjadi mangsa kekejaman rejim haram Israel,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Isnin.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukanya atas nama “Perbendaharaan Negeri Pahang (Infaq)’, nombor akaun 06010004584717 Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dan jika melalui cek, cek hendaklah ditulis atas nama Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Terdahulu pada Sabtu lepas, kerajaan negeri Pahang telah menyumbang RM100,000 kepada Tabung Pahang4Palestine semasa Program Himpunan Pahang For Palestine yang  berlangsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan.-SUARATV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat