konsert Anuar Zain (AZ40), Pertunjukan yang bertenaga dan emosi buat peminat

- Advertisement -

Setelah hampir sedekat tidak mengadakan konsert berskala besar, Penyanyi Anuar Zain telah membuktikan bahawa dia masih lagi berbisa apabila berjaya membuat Stadium Malawati bergema dengan sorakan peminat yang telah memenuhi konsert Anuar Zain 40 tahun (AZ40) pada malam sabtu lepas.

konsert yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor telah berjaya menghimpunkan seramai 8,000 peminat yang hadir untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyanyi kesayangan mereka itu.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 53, berjaya memberikan persembahan yang bergitu luar biasa bertenaga dan emosi sehingga tidak putus sorakan daripada peminat.

Walaupun Anuar mengatakan yang kesihatanya sedikit terganggu akibat mengalami batuk dan deman sejak seminggu lalu, malah turut kehilangan suara menjelang empat hari konsert berlansung selain tidak dapat menjalani raptai disebabkan masalah itu.

“Jujurnya ada rasa kecewa tidak dapat mencapai standard yang saya tetapkan tetapi perkara yang berlaku ada sebabnya dan saya tetap bersyukur selain sudah memberikan yang terbaik buat peminat. Ujar Aznuar Zain

“Kesihatan saya mungkin terganggu tetapi kita tidak ubah sebarang susunan muzik,” katanya Ketika ditemui pemberita selepas konsert selesai.

Bagi tidak menghampakan peminat, Anuar menguatkan dirinya sepanjang persembahan dengan mengunakan Nebulizer bagi memastikan nyanyianya tidak terganggu disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Kasih sayang dan sorakan yang tidak henti henti peminat juga memberi semangat serta kekuatan buat Anuar Zain untuk terus memberikan persembahan yang bergitu bertenaga.

Tirai persembahan dimulakan dengan dua buah lagu popular iaitu ‘Kaulah Satunya’ diikuti ‘Sesucinya Cintamu’ yang cukup membuatkan satu stadium bergema dengan sorakan daripada peminat.

Persembahan seterusnya penuh dengan emosi, dimana penonton disajikan dengan montaj perjalanan masa Anuar Zain, dimana jatuh bangunnya kerjaya sebagai penyanyi sepanjang 40 tahun serta mengembalikan nostalgia pada peminat dan sekaligus membuktikan kehebatan Anuar Zain di dalam bidang Hiburan tanah air.

Turut hadir memberi sokongan pada konsert tersebut adalah Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan mencemar duli selain rakan artis seperti Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Rozita Che Wan, Datin Nina Juren, Ernie Zakri, Syamel dan Rahim Sepahtu.

Sekali lagi Stadium Malawati bertukar menjadi suram apabila Anuar Zain menyampaikan lagu ‘Cinta tak Harus Memiliki’ yang didedikasikan buat Allahyarham Adibah Noor.

Lagu berkenaan membuatkan dia teringat kepada Adibah yang pernah sama-sama berkongsi pentas dalam sebuah konsert bersama Dina Nadzir dan Elvira Arul sekitar 10 tahun lalu. Ujar Anuar Zain.

Kemuncak konsert sudah tentu apabila Anuar menyanyikan lagu wajibnya iaitu ‘Sedetik Lebih’ sambil diiringi lampu-lampu daripada telefon bimbit peminat yang hadir.

Kehebatan vokal Anuar ketika menyampaikan lagu berkenaan membuatkan ia menjadi bahagian kegemaran penonton yang hadir.

Anuar Zain telah menyampaikan sebanyak 20 buah lagu termasuk Perpisahan, Andainya Takdir, Keabadian Cinta, Lelaki Ini, Bila Resah, Jangan Bersedih Lagi dan Musim Berlalu.

konsert anjuran “JioBuddy” itu telah meletakan Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert manakala, Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.

Anuar Zain turut menyatakan yang ini bukan konsert daripadanya malah telah memasang impian untuk mengadakan persembahan istimewa bagi meraikan penglibatannya selama 50 tahun sebagai penyanyi kelak.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat