Subsidi ayam ditamatkan 1 November, subsidi telur diteruskan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan sepenuhnya subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 November 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan, namun subsidi dan kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan makanisma sedia ada.

“Sejak Februari 2023, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur ayam.

“Penamatan subsidi pukal kepada ayam adalah langkah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana ketika ini ianya dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya pada sidang media Penamatan Kawalan Harga Dan Subsidi Ayam bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (LPP), pada Isnin.

Jelas Mohamad,penamatan ini diambil setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya.

“Kerajaan akan terus memastikan harga jualan ayam di pasaran adalah munasabah dan tidak membebankan rakyat,” ujarnya.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.

Anwar berkata, pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran, dan perincian mengenai langkah itu akan diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam dua minggu, selepas berunding dengan pihak pengeluar.

Kata Perdana Menteri, langkah juga dilakukan bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan kaya memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat