Anwar akan berdepan ‘masa sukar’ bersama Sultan Johor – TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berdepan masa-masa sukar apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar naik takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun depan, ramal Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut TMJ, ayahandanya Sultan Ibrahim seorang yang sangat teliti dalam semua perkara dan tentunya baginda akan berkongsi pendapatnya dengan Perdana Menteri sebelum sesuatu keputusan berkenaan kepentingan negara diputuskan.

“Macam contoh di negeri Johor apa sahaja keputusan sebelum Menteri Besar buat kena disemak oleh Tuanku dahulu. Menghadap, brief dan baginda akan memberikan pandangan ikhlas baginda di mana keutamaan itu diberikan untuk negeri Johor.

“Saya rasa baginda akan lakukan perkara sama diperingkat Persekutuan.Perhubungan tertentu dengan Perdana Menteri share input apa yang baginda rasa betul dan tidak. Apa yang perlu dilaksanakan bukan sekadar merancang saja dan apa saja yang boleh membantu negara dari segi ekonomi dan kestabilan apa sahaja berkaitan negara baginda akan hands on.

“Pendekatan yang dilakukan di Johor, saya rasa perkara sama akan berlaku di Kuala Lumpur, baginda sangat teliti, termasuk secara teknikal dari pokok, baja, peralatan askar baginda tahu segalanya begitu juga dengan sistem pemerintahan negara,” kata TMJ dalam podcast Keluar Sekejap yang di muat naik malam tadi.

Menurut Tunku Ismail lagi, Sultan Ibrahim ada agenda-agenda tersendiri dalam menjalankan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Tuanku ini bukan berdasarkan optik tapi getting job done.

“Bukan sekadar merancang tapi ada kami ada perancangan sendiri dan saya rasa Perdana Menteri is going to have a tough time,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat