Lokasi buru hantu, Tasik Pedu akan dibangun semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Negeri Kedah sedang menyiapkan kertas kerja berhubung cadangan membangunkan semula Tasik Pedu di Padang Terap sebagai lokasi pelancongan untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kedah, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, pihaknya sudah mewujudkan satu jawatan kuasa bagi membincangkan tentang usaha tersebut yang dianggotai agensi berkaitan dan pemimpin setempat di situ.

“Memang ada usaha daripada kerajaan negeri untuk pulihkan kembali tempat yang terbiar termasuk Tasik Pedu itu kerana kita juga ada aset-aset yang boleh dijadikan produk pelancongan Kedah di kawasan itu.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan pihak terbabit untuk siapkan cadangan itu dan bila siap kelak kita hantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memperoleh dana supaya tempat pelancongan ini dapat dibangunkan semula,” lapor Utusan pada Isnin.

Beliau mengulas berkaitan tempat pelancongan Tasik Pedu yang kini terbiar serta menjadi lokasi memburu hantu dalam kalangan penggemar aktiviti paranormal.

Tasik Pedu dibangunkan sebagai resort penginapan bertaraf antarabangsa sebelum ditutup pada 2010 setelah bertahan cuma 15 tahun.

Kawasan berkenaan pernah menjadi tarikan pelancong termasuk dari luar negara kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuk lapangan golf 18 lubang.

Kata Mohd. Salleh, pembangunan semula Tasik Pedu itu juga melibatkan usahawan pelancongan di kawasan itu yang mempunyai produk setempat untuk dipromosikan.

“Minggu lepas saya sudah memanggil wakil rakyat di kawasan itu serta pengusaha produk pelancongan di sana untuk berbincang. Mereka mempunyai banyak idea yang boleh diketengahkan untuk membantu memulihkan kawasan itu.

“Kita tengoklah bagaimana nanti dan kita berharap kerajaan akan pertimbangkan permohonan itu. Difahamkan pelancongan memperoleh peruntukan sebanyak RM250 juta untuk mempromosikan sektor itu seperti diumum oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024. Kerajaan negeri juga mempunyai dana untuk pelancongan ini pada tahun depan,” katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri bersama agensi terlibat akan melipat gandakan pemulihan tempat pelancongan di seluruh Kedah agar sektor itu kembali rancak pada tahun depan terutama selepas pandemic Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat