Pelbagai Inisiatif Dikenalkan Bagi Tingkatkan Pendapatan Pekebun Getah – PM

- Advertisement -

BERA – Kerajaan sentiasa peka tentang pentingnya sektor penanaman getah bagi meningkatkan ekonomi negara.

Atas dasar itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan bantuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Ini kerana, katanya, sektor tanaman getah merupakan antara satu-satunya komoditi yang masih diberi bantuan penuh oleh Kerajaan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Menurutnya, insentif berkenaan diberikan sekiranya harga pasaran getah berada di bawah paras RM2.50 sekilogram.

Selain itu, penyandang Parlimen Bera itu berkata, bagi meningkatkan pendapatan menerusi produktiviti hasil getah, kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM31.1 juta bagi mencapai pengeluaran hasil sebanyak 1,800 kilogram setahun.

“Alhamdulillah, inisiatif tersebut telah dimanfaatkan oleh 29,205 pekebun kecil di seluruh negara termasuk 4,344 pekebun kecil di Pahang dan seramai 602 pekebun di Bera.

“RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) juga telah berjaya melahirkan seramai 23,522 orang usahawan bimbingan RISDA di seluruh negara melalui bantuan berjumlah RM56.3 juta,” katanya ketika berucap di Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail berkata, bagi tahun ini sejumlah RM4.81 juta diperuntukkan bagi memperkasa Program Pembangunan Usahawan di Pahang yang memberi faedah seramai 474 pekebun kecil RISDA serta 34 usahawan dari Daerah Bera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat