5,854 kes positif Covid-19 dicatat hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu mencatatkan penurunan dengan 5,854 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,466,663 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,832 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 8 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Sehingga 30 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,854 kes (2,466,663 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: h

ttps://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat