Scarlett Johansson kahwin kali ketiga

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

New York: Bintang Hollywood, Scarlett Johansson kini bergelar isteri kepada pasangannya yang juga pelakon dan pelawak, Colin Jost selepas setahun bertunang.

Berita itu dikongsikan di akaun Instagram Meals on Wheels America, yang menjadi organisasi amal untuk membantu warga emas, semalam.

“Kami teruja untuk berkongsi berita gembira bahawa Scarlett Johansson dan Colin Jost kini berkahwin hujung minggu lalu dalam satu majlis tertutup khas untuk keluarga dan kenalan memandangkan perlu mengikut prosedur keselamatan kerana Covid-19,” tulis akaun Instagram itu.

Menurut organisasi itu lagi, pasangan selebriti itu juga mahu berita gembira ini menjadi penggalak kepada masyarakat untuk menyumbang kepada organisai amal itu.

“Impian perkahwinan mereka adalah untuk membantu mengubah hidup warga emas yang memerlukan ketika dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Dalam hantaran sama turut dikongsikan ialah gambar feri persiaran Pulau Staten yang ditulis ‘Just Married’ di bahagian atas.

Johansson pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 sebelum berpisah pada 2011.

Dia kemudian berkahwin dengan Romain Dauriac pada 2014, namun berpisah pada 2017. Menerusi perkahwinan kedua itu, dia dikurniakan cahaya mata, Rose yang kini berusia enam tahun.

Agensi

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Seronok lihat hubungan persahabatan Erra Fazira, Awie berpanjangan

Kuala Lumpur: "Suka tengok hubungan persahabatan Erra Fazira dan Datuk Awie. Semoga hubungan persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila. Insya-Allah." Itu antara komen pengguna laman...

Lega, semua dah negatif Covid-19

Kuala Lumpur: Beberapa artis yang menjalani kuarantin kendiri sejak 23 November lalu disahkan bebas Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kedua. Antaranya, Naim Daniel, Ernie Zakri,...

Kenali Bella Poarch, Wanita Paling Terkenal Di TikTok Yang Dituduh Pengikut Illuminati

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin tidak mengenali Bella Poarch. Mereka mungkin tertanya-tanya daripada manakah wanita muda ini datang? Dan bagaimana dia boleh menjadi begitu...