‘Bukan sebab dia janda’ – Niezam Zaidi

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Pelakon, Niezam Zaidi menafikan status janda penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menjadi punca pembatalan perkahwinan mereka yang sudah dirancang.

Niezam berkata, majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung Isnin lalu iaitu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

“Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun. Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga. Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun. Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Niezam menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka.

“Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny. Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro, semalam, Nonny berkata, keputusan membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu sudah dibuat lama iaitu selepas mereka menghadiri kursus kahwin pada September lalu.

Terdahulu, Nonny mengumumkan membatalkan majlis perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram sempena hari jadi Niezam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat