Pandu Lawan Arus, Warga Emas Ditahan

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

i-Sinar: Manfaatkan Ketika Saat Getir

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan skim i-Sinar dapat dimanfaatkan sebagai 'wang sokongan' untuk kegunaan saat getir...

Guru Makan Gaji Buta?

KUALA LUMPUR: Dakwaan yang dilemparkan segelintir individu di media sosial yang menuduh guru hanya makan gaji buta sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pelaksanaan Perintah...

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang tadi itu, seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun telah memandu melawan arus di lebuh raya itu menghala ke pusat bandar Shah Alam, menyebabkan kemalangan di kilometer (KM) 3.1 dan KM6.6.

“Kemalangan pertama di KM 3.1 menyebabkan seorang pemandu kereta jenis Honda City berusia 33 tahun cedera, apabila kereta yang dipandunya terbalik ketika cuba mengelak kereta Perodua Kelisa yang dipandu warga emas berkenaan, manakala di kemalangan di KM6.6 sebuah kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan kereta itu selepas gagal mengelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara melulu.

“Siasatan awal mendapati, suspek memandu dari rumah di Seksyen 8 dan hendak ke pasar raya Tesco di Seksyen 13, tetapi dia telah tersalah jalan dan memasuki Lebuhraya LKSA, setibanya di Plaza Tol Sri Muda beliau tidak mempunyai kad ‘Touch n Go’, lalu berpatah balik melawan arus untuk balik ke rumah,” katanya.

Terdahulu tular satu video di media sosial melihatkan sebuah kereta dipandu melawan arus di bandar ini.

Pemandu kereta berkenaan dilihat tidak memberhentikan kereta walaupun disuruh pengguna jalan raya yang merakam perbuatan berkenaan, dan hanya berhenti selepas terlibat dengan kemalangan secara berhadapan dengan sebuah kereta yang lain.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan