Dayang Topaz: Mayat Jurutera Dijangka Diterbangkan Ke Kuala Lumpur Hari Ini

Saarani Mohamad Mungkin Jadi MB Atas Sokongan PKR dan DAP

IPOH - Perkembangan terbaharu politik Perak mungkin menyaksikan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan Parti Keadilan...

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

MIRI – Seorang mangsa insiden MV Dayang Topaz yang meninggal dunia Selasa lepas, Jurutera Kedua Aaron Michael Rajasgran dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur esok (hari ini) dan mayatnya akan dibakar pada 10 pagi Sabtu ini, kata balu mendiang Nateshwari Dhusan.

Setibanya di Kuala Lumpur mayat mendiang akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung LBJ, Seremban, Negeri Sembilan untuk upacara penghormatan terakhir.

Ketika dihubungi Bernama menerusi aplikasi ‘Messenger’ petang ini, beliau berkata, mayat suaminya akan dimandikan dahulu sebelum dibawa pulang ke rumah.

“Mayat beliau akan dibakar dan abunya akan dikumpulkan dan ditanam di kubur neneknya,” kata jururawat di sebuah rumah jagaan swasta di Ipoh, Perak yang amat sedih di atas pemergian suaminya itu.

Aaron, 34, yang maut akibat lemas menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, meninggalkan Nateshwari dan dua anak perempuan yang masing-masing berusia lima dan lapan tahun.

Terdahulu, Nateshwari memberitahu Bernama walaupun hidupnya tidak seperti dahulu selepas pemergian Aaron, namun dua anaknya itu memberi semangat untuk beliau meneruskan kehidupan.

Sementara itu pemasang rig Thomas Liang, 39, yang turut maut akibat lemas dalam insiden itu telah dibawa ke rumah panjangnya di Ulu Bawan, Kanowit.

Bapa mendiang Liang Gura merupakan “tuai rumah” atau ketua rumah panjang di sana.

Menurut mesej disiarkan menerusi saluran Iban RTM WaiFm hari ini, Thomas yang lebih dikenali sebagai BJ akan dikebumikan di Nirvana Memorial Park di Sibu pada Sabtu.

Saudara-mara dari Bawan, Bejait, Tuah, Pedai, Ulu Balingian dan Sibu telah dijemput untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah panjang itu bermula esok.

Mendiang Aaron dan Thomas merupakan antara 125 anak kapal yang terjun menyelamatkan diri, apabila kapal MV Dayang Topaz tidak dapat dikawal selepas salah satu daripada kabel sauhnya putus sebelum bertembung dengan platform minyak Baram B ketika cuaca buruk pada Selasa.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...