Kenapa hina dan ‘kondem’ agama kami soal Ridhuan Tee

- Advertisement -

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Insiden yang berlaku di Perancis, pelajar Islam memenggal gurunya yang menghina Baginda Rasulullah s.a.w sepatutnya membuka mata semua pihak, terutama bukan Islam yang memusuhi Islam. Islam tidak menganjurkan perbuatan tersebut. Tetapi jangan provok.

Ambil iktibar dan pengajaran.

Tindakan Perdana Menteri Perancis yang beremosi sekali menuduh Islam dengan pelbagai imej negatif sepatutnya tidak keluar daripada seorang pemimpin tertinggi negara. Akibatnya, berlaku tindakbalas seterusnya, berlaku pembunuhan di gereja.

Amaran kepada bukan Islam di mana sahaja berada, jangan permainkan agama Islam dan umat Islam, kerana kami tidak pernah mengganggu dan menghina kamu.

Kami tidak pernah mengganggu dan menghina kamu, kerana agama kami tidak membenarkan. Persoalannya, kenapa kamu mulakan, hina dan kondem agama kami

Kenapa menghina Islam tatkala umat Islam seluruh dunia tidak pernah mengambil hak bukan Islam. Malah kamu boleh hidup senang lenang dalam negara Islam berbanding pribumi itu sendiri.

Umat Islam tidak pernah kritik dan hina Nabi Isa, yang didakwa oleh orang Kristian sebagai Tuhan mereka. Inik kerana, Nabi Isa, nabi kami jua. Soal kamu tidak mempercayai Nabi Muhammad s.a.w., itu soal lain. Pokoknya, jangan hina, atau merendah-rendahkan Nabi kami

Walaupun kami tidak jumpa dan tidak pernah ada gambar Nabi untuk ditatap, tetapi umat Islam sanggup mati mempertahankan kemuliaan Baginda Rasulullah s.a.w.

Keputeraan Baginda hari ini tetap disambut dan diingati. Baginda dan umatnya berpisah tiada. Baginda ajar kami soal menghormati agama dan manusia bukan Islam. Hatta, Baginda ajar kami bagaimana berakhlak dengan haiwan dan alam sekeliling. Inikan pula dengan manusia atau khalifah

Hatta, di Malaysia, amat jarang kedengaran orang Islam menghina atau mengkritik agama bukan Islam berbanding bukan Islam yang begitu celupar dan berani mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ingat! Islam agama penuh hikmah, agama sejahtera dan aman, sesuai dengan nama Islam itu sendiri

Justeru, mana mungkin agama Islam agama ganas atau menggalakkan keganasan (terrorism).

Jika begitulah sifat Islam, mana mungkin Islam boleh berkembang begitu cepat dalam dunia hari ini. Dalam masa 1400 tahun, sudah berada di tempat kedua populasi terbesar dunia meninggalkan penganut agama Hindu dan Buddha yang jauh lebih ‘lama’ daripada agama Islam.

Mengikut PEW Research center yang berpengkalan di Amerika Syarikat, meramalkan bahawa tahun 2070, penganut Islam akan tertinggi di dunia meninggalkan agama Kristian. Kenapa Islam begitu cepat berkembang? Jawapan mudah, Islam agama hikmah, Islam berkembang kerana hikmah.

Jika Islam itu bersifat negatif seperti menggalakkan keganasan, mana mungkin ia boleh berkembang dan mendapat pengikut yang begitu ramai

Justeru, sempena keputeraan Baginda hari ini, ingatan saya kepada bukan Islam, terutama di Malaysia, jangan sama sekali kamu bertindak menghina agama kami, Tuhan kami, Nabi kami, para sahabat dan ulamak, kerana umat Islam akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya. Kerana tanpa mereka, siapalah kita.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat