Letak negara atasi parti, PN perlu segera bincang dengan PH – Lim Kit Siang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mencapai perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ agar Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata, PN seharusnya tahu ia tidak mempunyai kuasa mutlak dalam Belanjawan 2021 dengan mengabaikan pandangan dan keperluan rakyat.

“Pembangkang sedia memberi maklum balas positif sekiranya kerajaan berupaya memberi maklum balas mengenai visi perpaduan dan kebersamaan, melangkaui kaum, agama dan kawasan, kelas atau politik, dalam memerangi Covid-19,” katanya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata demikian sebagai maklum balas terhadap titah Yang di-Pertuan Agong agar semua Ahli Parlimen menghentikan perbalahan politik dan meluluskan Belanjawan 2021.

Semalam, Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera memulakan perbincangan dengan pembangkang berhubung Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan 6 November ini.

Namun, katanya lagi, kerajaan tidak boleh menjangka akan mendapat kuasa mutlak dengan mengabaikan pandangan dan keperluan rakyat.

“Tetapi harus mengadakan perbincangan positif dan konstruktif dengan pemimpin PH untuk mencapai perjanjian keyakinan dan pembekalan bagi Belanjawan 2021 yang akan diluluskan Parlimen. ‘Letak negara mengatasi parti’,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat