GSC dan TGV tutup sementara panggung wayang diseluruh negara

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kesemua panggung wayang GSC dan TGV di seluruh negara akan menghentikan operasi sementara bermula esok bagi melindungi perniagaan mereka bagi tempoh jangka panjang, kata Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE).

Persatuan itu berkata keputusan berkenaan diambil susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di beberapa negeri di seluruh negara, yang memerintahkan panggung wayang ditutup.

Maklumat tersebut diperoleh menerusi satu kenyataan yang dimuat naik kedua-dua syarikat pawagam itu menerusi ciapan mereka di Twitter.

“Tindakan ini selari dengan kehendak industri dalam memastikan setiap pawagam bebas daripada jangkitan COVID-19.

“Tindakan ini cuma sementara dan kita akan ikuti perkembangan semasa COVID-19 sebelum pengumuman untuk membuka semula pawagam dibuat,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, langkah sama diambil ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana kesemua panggung wayang telah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Penutupan ini merupakan kali kedua dilaksanakan selepas PKP apabila melihat kepada situasi semasa COVID-19 di negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat