DJ Lin masuk hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu berdepan keadaan kesihatan tidak menentu akhirnya penyampai radio Suria FM, DJ Lin terpaksa menyerah kalah dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Damansara, semalam.

Pengurus Kanan Suria FM itu berkata, tahap kesihatannya tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini.

“Saya mengalami selsema yang teruk. Pada masa sama, ada alahan pada kulit dan muncul kemerahan seluruh badan.

“Saya mula rasa tidak selesa, pening kepala dan nak demam. Saya juga sukar mahu melelapkan mata pada waktu malam,” katanya kepada BH Online.

 

DJ Lin akhirnya terpaksa menyerah kalah dan mendapatkan rawatan ke hospital selepas dua minggu tidak sihat. - Foto IG DJ Lin
DJ Lin akhirnya terpaksa menyerah kalah dan mendapatkan rawatan ke hospital selepas dua minggu tidak sihat. – Foto IG DJ Lin

 

Pemenang kategori Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016 dan 2019 itu berkata, dia terpaksa menjalani ujian calitan COVID 19, sebelum dimasukkan ke pusat perubatan buat kali kedua.

“Setiap pesakit yang dimasukkan ke pusat perubatan diwajibkan melakukan ujian calitan COVID-19. Alhamdulillah, keputusan negatif diperoleh dalam ujian ini. Saya kali pertama melakukan ujian saringan di pusat perubatan yang sama pada Mei lalu.

“Saya akan menjalani beberapa prosedur termasuk sinus dan hati. Saya kena buat ujian darah, X-Ray, Ultrasound dan beberapa ujian lain.

“Ada berkemungkinan besar saya masih ditahan duduk dalam wad hingga hujung minggu ini. Doakan saya kembali sembuh secepat mungkin,” katanya.

 

DJ Lin tersentuh apabila peminatnya berjuang berhabis-habisan untuk mengekalkan trofi kemenangan Penyampai Radio Popular, ABPBH. - Foto IG DJ Lin
DJ Lin tersentuh apabila peminatnya berjuang berhabis-habisan untuk mengekalkan trofi kemenangan Penyampai Radio Popular, ABPBH. – Foto IG DJ Lin

 

Mengulas pencalonan ABPBH 33, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid berkata, kebanyakan peminat mahunya mengekalkan kemenangan, tahun ini.

“Saya diberitahu peminat termasuk kelab peminat, DJ Lin Followers untuk mengundi habis-habisan. Ada yang beli telefon bimbit Xiaomi selaku penaja utama ABPBH 33 untuk mengundi pukal.

“Saya tersentuh dan terharu dengan komitmen mereka. Debaran kian dirasai kerana difahamkan tiada pengumuman top 5 dilakukan penganjur.

“Apapun, saya teruja dan gementar dapat bersaing dengan rakan penyampai radio lain secara sihat,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat