Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

- Advertisement -

Mulai diumumkan pada atur cara rasmi pada 14 Oktober lalu, orang ramai nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada Apple iaitu siri iPhone 12.

Menerusi model pada kali ini, Apple membawakan rekaan yang serba baharu, penggunaan processor Apple A14 Bionic serta dilengkapi dengan rangkaian internet 5G sekaligus membuatkan model ini berbaloi untuk digunakan pada tempoh yang panjang.

 

Terbaharu, Switch selaku pengedar rasmi Apple di Malaysia mengumumkan para pengguna berpeluang menempah iPhone 12 dan 12 Pro secara pra-tempahan bermula 6 November 2020.

Laman Digi seterusnya turut mengongsikan tarikh penawaran rasmi siri terbaru iPhone 12 di Malaysia dimana para pengguna boleh mendapatkannya secara rasmi pada 13 November ini.

ezgif-6-9f870812f17c

SUMBER: MASHABLE

Apple iPhone 12 sedia ditawarkan pada harga RM3,899 bagi storan 64GB manakala iPhone 12 Pro pula hadir dengan harga bermula daripada RM4,899. iPhone 12 Pro Max dengan storan tertinggi pula bakal dijual pada harga RM6,699.

Dijangka syarikat telekomunikasi lain pada turut mengikuti jejak langkah Digi dalam menawarkan pengguna pakej menarik dalam mendapatkan iPhone 12 dan 12 Pro.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat