Tercalon lagi, Dayang hargai peminat

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

KUALA LUMPUR: Biarpun saban tahun dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), namun tidak pernah timbul rasa kecewa dalam hati Dayang Nurfaizah kerana masih gagal membawa pulang trofi idaman ramai itu.

Bagi penyanyi hitam manis yang sejak 22 tahun lalu mengabdikan diri dalam dunia seni, apa yang lebih penting adalah sokongan tidak berbelah bahagi peminat terhadap dirinya.

Dayang yang popular menerusi lagu Di Pintu Syurga, tidak pernah mengejar anugerah.

Sebaliknya, akui gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini, pengiktirafan daripada peminat lebih menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur masih lagi dicalonkan tahun ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada peminat kerana sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya seni. Saya harap sokongan mereka akan berterusan sampai bila-bila.

“Biarpun masih belum menang trofi di ABPBH bagi kategori solo, saya tidak pernah putus asa. Namun, andai rezeki memihak kepada saya, itu adalah penghargaan buat peminat.

 

Tidak pernah kecewa gagal bawa pulang trofi ABPBH bagi kategori penyanyi wanita, Dayang lebih menghargai kesetiaan dan sokongan peminat. Foto IG Dayang Nurfaizah
Tidak pernah kecewa gagal bawa pulang trofi ABPBH bagi kategori penyanyi wanita, Dayang lebih menghargai kesetiaan dan sokongan peminat. Foto IG Dayang Nurfaizah

 

“Bagi saya, kalah atau menang tidak penting kerana sokongan peminat lebih bermakna buat saya,” katanya kepada BH Online.

Pada ABPBH 32, gandingan Dayang dan Hael melalui lagu Haram membolehkan mereka membawa pulang trofi Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Penyanyi yang lahir daripada program Golden Teen Search 1997 anjuran RTM ini bersyukur kerjaya seninya masih lancar.

Namun, ujarnya, perjalanan itu bukanlah mudah kerana banyak onak dan duri perlu ditempuhi.

Demi memastikan dirinya terus kekal relevan dan mampu menandingi bakat baharu, Dayang sentiasa berusaha meneroka genre muzik berbeza.

“Saya bersyukur masih mampu bertahan. Saya sentiasa bekerja keras dan tidak takut untuk meneroka sesuatu yang baharu.

“Saya sentiasa tonjolkan kelainan agar peminat tidak bosan. Kunci paling penting adalah jangan mudah berputus asa dan sentiasa bekerja keras,” kata Dayang yang sedang mengumpul material untuk produk terbarunya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kesan penularan COVID-19 kepada karier seninya, Dayang mengaku terjejas.

Apatah lagi, banyak undangan persembahannya dibatalkan. Namun, Dayang tidak ‘goyang kaki’ di rumah, sebaliknya, melakukan banyak kerja atas talian.

“Saya juga bimbang keselamatan keluarga. Jadi, untuk tidak mendatangkan risiko kepada ahli keluarga yang lain, saya lebih selesa bekerja di rumah sahaja,” katanya.

Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...