Kor Ming bidas pihak ambil kesempatan jadikan RUU URA modal politik sempit

KUALA LUMPUR – Kerajaan melahirkan rasa kesal dengan pihak tertentu yang cuba menjadikan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) sebagai modal politik sempit.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, kerajaan tiada masalah jika teguran dan kritikan itu berlandaskan politik membina.

“Kita tak mahu ada pihak-pihak mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh untuk mencari kesempatan modal politik, itu memang tidak dialu-alukan, itu kita tak nak.

“Kita nak politik yang membina, kita tolak politik yang membinasa, jika ada pandangan, kita alu-alukan, tiada isu,” katanya pemberita selepas Persidangan Antarabangsa ke-16 Bandar Lestari Bertaraf Dunia (WCSC) 2025, pada Selasa.

Menurut Kor Ming, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menyambut baik pandangan bernas dan teguran konstruktif.

“Kami sedia mendengar, kami adalah kerajaan yang mendengar, kami adalah kerajaan yang mengalu-alukan pendapat yang membina,” katanya lapor MalaysiaGazette.

Selain itu, katanya, pembaharuan semula bandar merupakan terma utama dalam WCSC 2025.

“Kita nak pastikan pembangunan mampan, kita perlu ada satu kerangka undang-undang yang komprehensif untuk memastikan kerja-kerja pembaruan semula ini.

“Pada masa, pembangunan semula bandar juga menjamin hak dan kepentingan pemilik asal,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat